Thursday, April 9, 2009

HARAPAN KEPADA BOS BARU KEMENTERIAN PELAJARAN

Selepas era pentadbiran Dato Seri Najib berakhir di kementerian pelajaran, kementerian ini boleh dikatakan melalui zaman muram. Ini kerana menteri selepas nya tidak menunjukkan peningkatan dan menarik minat pendidik negara. Kenapa saya berkata begitu kerana tidak ada apa-apa kebajikan yang diperjuangkan oleh menteri-menteri selepas era Dato Seri Najib yang nampak membantu guru-guru di Malaysia.

Kenaikan gaji dan kuaters guru adalah dua sumbangan besar Dato Seri Najib terhadap guru-guru yang sehingga kini masih diperkatakan oleh guru-guru kita.

Namun selepas era beliau semuanya terhenti.....
Kementerian nampak seperti lebih mengutamakan pihak penjaga dan melupakan kebajikan guru.selain itu kementerian nampak seolah-olah lebih banyak mengembar-gemburkan masalah yang dihadapi oleh guru.
Lebih kurang 300,000 guru mula tertekan. Sokongan dari guru juga mula berkurangan.

Diharapkan dengan perlantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai menteri pelajaran yang baru dapat membangunkan semula suara guru-guru Malaysia.
Marilah kita sama-sama berdoa agar 'Pemimpin Baru' ini merupakan pemimpin terbaik yang kita ada.

kementerian pelajaran menerima menteri baru

Tan Sri Muhyiddin Yassin teleh dipilih untuk mengetuai kementerian Pelajaran. Ini merupakan portfolio kedua beliau selain memainkan peranan sebagai orang nombor dua dalam kabinet.
Diharapkan perlantikan ini akan memberikan satu sinar baru kepada semua pendidik.....

Tuesday, April 7, 2009

guru & hobi

Ahad lepas penulis dan rakan-rakan dari Superbike Malaysia telah berkonvoi ke Kertih Terengganu.
Sebenarnya ianya adalah konvoi pertama penulis bersama kelab ini. Tujuan utama konvoi ini adalah untuk meziarahi balu salah seorang ahli kelab yang meninggal dalam kemalangan jalan raya.

Walaupun cuma sebagai hobi, ianya telah memberikan satu sumbangan kepada masyarakat.
Banyak lagi acara yang telah dijalankan oleh kelab ini.
Terutamanya sumbangan untuk Gaza (Kembara Amal Gaza) yang berjaya mengumpul dana hampir RM50,000.

Fikir-fikirkan lah satu hobi yang boleh membantu masyarakat.................

Thursday, April 2, 2009

kena rotan dan meninggal

Dunia pendidikan sekali lagi gempar apabila seorang pelajar tahun tiga telah meninggal apabila didakwa dirotan guru. Akhbar perdana semalam melaporkan bahawa murid berkenaan dirotan ditapak tangan kerana tidak menyiapkan kerja sekolah. Kes ini masih dalam siasatan....
Adakah benar kerana dirotan pelajar tersebut meninggal?

Inilah yang menjadi trend di negara kita masa kini... khabar angin lebih dipercayai sebelum berita sebenar mendahului...

Persoalannya adakah guru terbabit akan dikenakan tindakan?
Sedangkan beliau mendapat kebenaran merotan...
Dimanakah pihak yang bertanggungjawab untuk memberi perlindungan kepada guru tersebut?

Sebagai seorang pendidik saya merasakan bahawa kita tidak mempunyai satu mekanisma yang telus untuk melindiungi diri dari kejadian sebegini. Renungkan.....

guru & politik

perlukah guru melibatkan diri dgn politik.
Satu masa dahulu guru merupakan tonggak kepada sesebuah parti politik.
Itu tidak di nafikan. Ramai tokoh guru menyertai parti2 politik dan berjaya mengharumkan nama parti dan negara.
Namun itu semua telah berlalu, perjuangan tersebut ditunjangi dengan semangat cintakan tanah air. Melepaskan negara dari penjajah. Khasnya British.
Tokoh seperti Ibrahim Hj Yaacob adalah lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris yang memperjuangkan kebebasan negara adalah seorang yang mengabdikan diri untuk politik perjuangan membebaskan negara.

Itu tidak dikira yang menerbitkan akhbar dan majalah......
Utusan Melayu(1939), Majlis(1931) dan pelbagai lagi yang di perjuangkan guru pada masa itu.
Bagaimana dengan perkembangan guru masa kini..........................................
seseaukah guru kini berpolitik??????

terpanggil

terpanggil utk menulis kerana melihatkan situasi pendidikan negara sekarang.
macam2 kerenah dan gelora yg melanda bidang pendidikan negara.
Ada yg menyokong ada yg membangkang....
ada yg kejalanan.....
apa nak jadi dgn sistem pendidikan.

Diharap rakan dapat memberi pandangan khususnya di kalangan pendidik.

Laman ini tidak bermotifkan politik.

harap difahami...




PENDIDIK

Wednesday, April 1, 2009

Pendidik

Assalammuailaikum,