Selepas era pentadbiran Dato Seri Najib berakhir di kementerian pelajaran, kementerian ini boleh dikatakan melalui zaman muram. Ini kerana menteri selepas nya tidak menunjukkan peningkatan dan menarik minat pendidik negara. Kenapa saya berkata begitu kerana tidak ada apa-apa kebajikan yang diperjuangkan oleh menteri-menteri selepas era Dato Seri Najib yang nampak membantu guru-guru di Malaysia.
Kenaikan gaji dan kuaters guru adalah dua sumbangan besar Dato Seri Najib terhadap guru-guru yang sehingga kini masih diperkatakan oleh guru-guru kita.
Namun selepas era beliau semuanya terhenti.....
Kementerian nampak seperti lebih mengutamakan pihak penjaga dan melupakan kebajikan guru.selain itu kementerian nampak seolah-olah lebih banyak mengembar-gemburkan masalah yang dihadapi oleh guru.
Lebih kurang 300,000 guru mula tertekan. Sokongan dari guru juga mula berkurangan.
Diharapkan dengan perlantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai menteri pelajaran yang baru dapat membangunkan semula suara guru-guru Malaysia.
Marilah kita sama-sama berdoa agar 'Pemimpin Baru' ini merupakan pemimpin terbaik yang kita ada.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment