Saturday, May 30, 2009

penekanan sukan di sekolah

Alhamdulilah.....
syukur dengan pengumuman menteri pelajaran Tan Sri Muhyiddin mengenai penekanan aktiviti sukan di sekolah akan di beri keutamaan.
Diharapkan pihak pentadbiran sekolah akur dengan arahan ini...........
jangan hanya mementingkan kurikulum sahaja.....
Ingatlah bahawa tingkah laku pelajar hanya dapat diubah dengan aktiviti kokurikulum sahaja....

Thursday, May 14, 2009

Kembalikan kepercayaan guru

Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja permasalahan guru di utarakan di dalam media massa sekarang.
Ini satu perkembangan yang baik.

Namun begitu masih tidak nampak kesannya dan keuntungannya kepada guru.
Mungkin kerana faktor inilah yang menyebabkan guru-guru di Malaysia hilang kepercayaan untuk menyokong segala harapan pihak kementerian pelajaran.

Diharapkan janganlah hanya ibarat menanam tebu di tepi bibir. Manis berbicara, tiada satu pun kerja.......

Pihak kementerian haruslah menjaga kebajikan guru supaya dapat menarik semula sokongan dan kepercayaan guru-guru Malaysia untuk merealisasikan impian kementerian dan kerajaan khasnya.

BEBAN TUGAS

Selamat menyambut hari guru 2009...................
Sudah berkali-kali perayaan hari guru di sambut dan jasa guru cuba di balas.....
Namun kita semua asyik terlepas pandang dengan permasalahan yang sering kita alami
"BEBAN TUGAS"
Ibarat pahat dengan penukul begitulah apa yang dialami oleh guru-guru di negara kita.
Sekali masuk berita heboh satu Malaysia. Lepas itu sunyi sepi. Hilang entah ke mana perjuangan tersebut.
Diharapkan ada pihak yang terus membela nasib cikgu-cikgu ini.

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Selamat Hari Guru

diucapkan kepada semua. jasa baik dan pengorbanan kalian hanya Allah saja yang mampu membalasnya.
Semoga dengan sambutan hari guru tahun ini akan memberikan kejayaan yang bermakna dalam perjuangan kita.
Walaupaun masih banyak pekara yang masih belum kita selesaikan. Jerih-perit dan susah payah membina negara bangsa terletak di tangan kita.
Diharapkan semoga ada yang melihat usaha murni kita ini.