Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja permasalahan guru di utarakan di dalam media massa sekarang.
Ini satu perkembangan yang baik.
Namun begitu masih tidak nampak kesannya dan keuntungannya kepada guru.
Mungkin kerana faktor inilah yang menyebabkan guru-guru di Malaysia hilang kepercayaan untuk menyokong segala harapan pihak kementerian pelajaran.
Diharapkan janganlah hanya ibarat menanam tebu di tepi bibir. Manis berbicara, tiada satu pun kerja.......
Pihak kementerian haruslah menjaga kebajikan guru supaya dapat menarik semula sokongan dan kepercayaan guru-guru Malaysia untuk merealisasikan impian kementerian dan kerajaan khasnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment